Senin, 25 Juli 2011

Cara-cara untuk menjadi cool.(keren)

Hidup anda di bayangi bayang2 resah? Tiada keyakinan diri untuk memanggil pelayan kerna minuman yang sampai bukanlah apa yang anda order? Malu untuk bercakap bila berhadapan orang ramai? Berasa rendah diri terhadap mereka yang lebih awsamm? Menghabiskan berjam-jam  dan beribu-ribu ringgit ke kursus 'bina diri anda,anda boleh melakukannya?' dan berjumpa kaunselor tapi masih tidak berpuashati dengan perubahan diri anda? Selalu bangun pagi untuk menonton motivasi pagi tp...kau tau jawapannya. Semua ini akan diselesaikan dalam entri kali ini. Aku bagi free punya,ilmu ini untuk semua,tidak kira warna kulit,kasta,rambut keriting atau tidak,gendut atau kurus,bisex atau homoseks. Kini,semua terpulang dari anda untuk percaya atau tidak teori aku yang belajar tahap tadika kemas ini. Cara-cara untuk menjadi cool atau lebih cool.

1.Gemuk,chubby2,gendut,sangat gemuk,fatty bum2.
Jangan biar kegendutan anda ini menghalang anda dalam proses kehidupan. Ini bukan masalah atau keburukan. Percayalah,untuk menjadi cool dalam kegendutan anda ini,ada dua cara.

Pertama.jadi seorang yang lucu. Ya betul,kebanyakan orang yang gendut ini lucu,aku juga suka berkawan dengan orang gendut sebab humorisme dorang ini selalu di atas norma. Dengan menjadi seorang yang lucu,anda akan disukai ramai,so kawan pun akan ramai.Kawan perempuanpun akan ramai. Ini betul. Cuba ko tgk kebanyakan BFF budak2 pompuan kalau x pondan,budak gemuk.Ha? Ini kerana mereka suka org gemuk ini selain kechumelan,sebab kelucuan. So,mulakanlah menjadikan unsur humor itu salah satu dari elemen anda,manatau dalam kau berkawan-kawan tu ,ko trylah satu dua kawan pompuan ko,manatau dapat kan? X salah cuba,hati pompuan ni senang ja ko mau ambil. Dan ingat kata2 ini,"ko gendut kau cool".
Amalkanlah kata2 ini setiap pagi sambil2 ko tgk cermin dan katakan dengan penuh semangat dan style.

Kedua,ko jenis yang memang x lucu,so ubah imej ko skema2 noob tu,jadi lebih serius.Yes,bukan bermakna kau x bleh senyum dengan org,tp ko jadi yang serius,dressing kau gengsterkan sedikit,pakai bangle ka,kolar baju kasi naik ka,letak tatoo ka(yang Islam tidak dibenarkan). Itu luaran,dalaman pula,ko jenis yang tegas,jangan jd pembuli pulak,biar orangpun segan dengan kau,biar orang hormat,tp kau baik. Cuba ko tgk bouncer2 d kelab2 malam mahupun dangdut,89% dari mereka itu berbadan besar,bukan sasa,tp besar,senang cakap gendut2lah kan,so ini bermakna,minda manusia seluruh alam sudah ter-set bahawa ko jangan cari pasal dengan orang gendut,So,guna kelebihan ini. Untuk permulaan,mula dengan meanggil orang dengan nada yang garang macam "Woi!".

2.Budak masjid/surau.

Okey,aku tau,banyak manusia sekarang,khususnya budak2 asrama,memang fak dengan geng2 surau ni,dorang cakap skemalah,hipokrit,kaki ampu wardenlah,memang budak2 ni tgk muka ja dah menyampah. Aku faham perasaan kamu wahai budak masjid/surau,sebab aku juga pernah mengalaminya ;) Okey,biar aku bagi tahu kamu,ini benda betul. Biarpun kamu kena fak oleh orang lain disebabkan kemasjidan/kesurau-an,(oleh muslim sendiri plak tu) jangan peduli. Sebab,kamu akan kelihatan cool di sisi tuhan.Yes! Kan? Sekarang  ko dah tau,baru ko senyum2 plak. Lagi satu,selain cool itu suda ko genggam,ko juga bakal mendapat isteri/suami yang cool di sisi tuhan,sebab yang cool,hanya untuk yang cool. X kan lah ,ko budak masjid/surau ko couple dengan mat rempit o bimbo plak kan? X logik,stephan hawking yang agnostik tu pun akan menyangkal teori ni.

3.Pakai spec tebal,book ho,rambut belah tengah.
Memang kebanyakan kita,bila berkaitan dengan ilmu atau pembelajaran,kita akan mengabaikan segala2nya. Aku mulai perasan tyme aku sekolah menengah sekelas dengan budak2 jenis macam ni.Senang cakap jenis yang skema o nerd.com ni. Tyme sekolah menengah mereka tidak main bola tyme PJK,ataupun keluar hari sabtu lepak2,atau tgk kartun di kala cuti. Tidak,hidup mereka hanya tidur,makan,berak,belajar.Ini semua kerna be the best,beat the rest,best sangat ka jadi yang  ter-best ni? Di sebabkan ingin mengejar no satu dalam kelas,mereka jarang bersosial,smpai satu tahap bercakap dengan org pun susah. Tahap humor? X payah cakaplah,lucu dorang lain, bila kau cakap differentiate tangen dapat cosine mungkin dorang gelaklah.

Tapi itu semua hanya sementara sahaja,pada satu tahap,anda akan di pandang cool,its a matter of tyme mate.
Bila cgpa ko sudah gempak,bimbo2 akan datang dengan ko lepak atas alasan ingin bertanyakan soalan,sebab tyme class dia x paham.Betul ni! Masyarakat akan bercerita perihal ke-gempakkan anda.Kalau kau suda berkecimpung dalam dunia pekerjaan lagi,fuhh! Gaji kau mesti meletop wei! Tyme tu,dress kau x payah cakaplah,style from top to bottom. Orang akan mengambil kau sebagai contoh ataupun public figure. Orang akan kata dengan anak2 mereka,nanti besar jadi macam abang/kakak tu,cool,ada gaya, ada otak. Tyme tu rambut kau belah tgh rumah sekalipun,akan jadi ikutan. The nerdie,will cooler than others someday,trust me all nerdies and freaks!

4.Kurang kacak/cantik.

Kategori ini antara paling susah,sebab yakin diri mereka amat rendah.Ya memang kategori kurang kacak/cantik ini susah,sebab aku lebih menjuruskan kepada mereka yang terasa muka mereka hodoh,jelek,atau macam muka karakter2 dalam majalah Ujang. Aku kadang2 tgk cermin pun,terbisik dalam hati,muka macam aku ni,siapalah nak.Hmmm. Jangan kuatir kawan2 sekalian,jerawat batu banyak macam manapun,muka hitam selegam macam manapun,hidung kembang besar manapun,peluang untuk menjadi cool di mata masyarakat masih 100%. Macam mana? Biar betul? Serius?

Ok,kita di ciptakan di dunia ini adalah sebaik-baik kejadian. Janganlah salahkan tuhan atas muka jaki jipang anda itu. Bersyukurlah,dengan kurnia tuhan ni. Siapa cakap muka kurang cantik/kacak ini tidak boleh score lelaki macam aaron aziz,ataupun juliana evans.Siapa cakap? Kenal Datok K? Bung Mokhtar? Seal ? Shrek? Ha...Muka bukan persoalan,tapi ni,(tepuk dada belah kiri),hati yang penting. Bila niat kita betul,hati kita bersih,perlakuan kita ok,tuhan pasti tolong. So,biar dalaman kita ini menentukan luaran kita. Hodoh manapun,bila ni,(tepuk dada belah kiri) kita perfect 10,bukan setakat aaron aziz/juliana evans datang,tapi sarimah ibrahim bai,mustapha kamal bai.Apa aku merepek syial.Ok,bagi senang kamu yang kurang kacak/cantik ni,.kamu2 ni actually suda menjadi cool,cuma ini, (tepuk dada belah kiri),belum kamu cool kan lagi.

Macam mana nak coolkan benda ni(tepuk dada belah kiri)? Pernah dengar tepuk dada tanya selera? Yes, kamu tahu macam mana,dan kamu akan suatu hari nanti.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Didukung oleh by Ahmad Najmul Ma'arij